JADWAL PELATIHAN AWMIT(HPA)

Posted by AWMIT On Selasa, 30 Desember 2008 1 komentar

SCHEDULE PELATIHAN PT. AWMIT
JL. KRAMAT RAYA NO. 25 SENEN-JAKARTA PUSAT Telp: 3148702 Fax: 021-2300228
Bulan Januari s/d Juni 2009



No 1
Nama Program CHURAPUNCTUR
Tanggal 8-9/03/09
Presenter HELMI HERDIANTO
Tempat Ruang Training Awmit
Target Peserta 50 orang
Biaya 150.000
PJ Abdi Kurniawan 085692309594



No 2
Nama Program PIC AGEN STOK
Tanggal 11-12/04/09
Presenter YULYADI & ODAS TSUN, J
Tempat Ruang Training Cab. Makasar
Target Peserta 50 orang
Biaya 300.000
PJ Alman Al Islami 0852-42664650



No 3
Nama Program PIC AGEN STOK
Tanggal 30-31/05/09
Presenter YULYADI & ODAS TSUN, J
Tempat Ruang Training Awmit
Target Peserta 50 orang
Biaya 250.000
PJ Suyanto 0813-80464675


No 4
Nama Program CHIROPRACTIC
Tanggal 6-7/06/09
Presenter ODAS TSUN, J
Tempat Ruang Training Awmit
Target Peserta 50 orang
Biaya 100.000
PJ Abdi Kurniawan 085692309594




No 5
Nama Program PIC AGEN STOK
Tanggal 8-9/08/09
Presenter YULYADI & ODAS TSUN, J
Tempat Ruang Training Cab. Surabaya
Target Peserta 50 orang
Biaya 250.000
PJ Nurul Fua’adah 085850510115



Keterangan :
1. Setiap peserta pelatihan akan mendapatkan konsumsi & snack, makalah/Kit, sertifikat.
2. Untuk pelatihan di kantor cabang Makasar & Surabaya dapat menghubungi staff PT. AwmiT setempat.
3. Untuk pelatihan Chiropractic, Churapunktur & PIC Agent Stok dapat memberikan uang DP (sebagai tanda jadi kesertaan) sebesar Rp 50.000,-.
4. Konfirmasi kesertaan dapat melalui telp.021-3148702 ext.102 (Bp. Suyanto / Bp. Abdi Kurniawan).email: yadis_hpa@yahoo.co.id, suyanto_nb@yahoo.co.id,

CHIKUNGUNYA

Posted by AWMIT On 0 komentar

Sekali lagi perbincangan tentang penyakit ini menjadi isu dan saudara boleh membaca tulisan saya yang telah lalu berhubung dengan masalah ini.Penyakit yang menyerupai tanda demam denggi dan Malaria ini juga boleh diterapi dengan menggunakan habatulsaudak kerana habatulsaudak terbukti dalam kajian saintifik mampu memecahkan dinding sel virus serta menghapuskanya.
Habutusaudak juga sangat baik untuk batu dalam hempedu dengan disinergikan bersama minyak zaitun.Jika ditambah sinerginya lagi dengan madu ia juga dijadikan ubat bagi masalah slip disc(masalah tulang belakang)Dalam buku 13 kaedah detox ianya termasuk dalam kaedah pengubatan Islam kerana pernah digunakan oleh Rasullulah saw merujuk kepada beberapa hadis-hadis tertentu.

SADURAN DARI "PENGARAH URUSAN HPA MALAYSIA(TN HJ. ISMAIL BIN HJ AHMAD)"

JADWAL PEMAKAIAN GEDUNG AWMIT

Posted by AWMIT On Selasa, 16 Desember 2008 0 komentar

1. Tgl 12 des 2008 pelatihan herbal dari jam 09.00 s/d 16.00 (pj. Kurniawan)
2. tgl 20 des 2008 THS(training herba sehari) dari jam 10.00 s/d selesai(pj. Fauzi)
3. tgl 3 jan 2009 THS(training herba sehari) dari jam 10.00 s/d selesai(pj. Fauzi)
4. tgl 10 jan 2009 THS(training herba sehari) dari jam 10.00 s/d selesai(pj. Fauzi)
5. tgl 17 jan 2009 THS(training herba sehari) dari jam 10.00 s/d selesai(pj. Fauzi)
6. tgl 24 jan 2009 THS(training herba sehari) dari jam 10.00 s/d selesai(pj. Fauzi)

Ikutilah program open plan presentasi
oleh:
Yulyadi Suwandi
1. herbalis HPA International
2. alumni sijil Malaysia
3. Direktur AWMIT(Al-Wahida Marketing International)

TiDAK bAYAR/ gRATIS

SETIAP HARI:

Rabu : Profil HPA dan Perubatan Jawi
Kamis : detoxifikasi dan diagnosa Penyakit lewat tangan dan nadi

setiap jam:

pukul 10 s/d 12.00

informasi :
hubungi saudara:
1. suyanto 081380464675
2. abdi kurniawan 085692309594 atau
kantor (021-3148702)



Idul Adha 2008

Posted by AWMIT On Senin, 15 Desember 2008 0 komentar






Allohu Akbar
Allohu Akbar
Allohu Akbar
Walillah Ilham

Gema takbir terdengar diseluruh persada , alhamdulillah atas ijin Alloh swt AWMIT(alwahida marketing Indonesia) yang baru beberapa bulan lahir telah berbagi dengan dhu'afa dan menyembelih 1 ekor kambing yang dibagikan ke 11 anak yatim yang dihadiri oleh karyawan dan manajemen.

terima kasih atas kepercayaan member-member HPA yang telah membeli produk kami, hanya doa dan harapan kami semoga alloh swt membalasnya dengan yang lebih baik, amin

(Management AWMIT)

Tuesday, June 17, 2008

Soalan;
Sekarang ini banyak jualan langsung yang menjalankan operasi di Malaysia. Apa pendirian Syarak berkenaan MLM; apa ciri-ciri MLM yang harus dan apa ciri-ciri MLM yang haram pula?Jawapan;
Setakat sekarang ini penulis belum menemui sebarang fatwa yang jelas berkenaan Sistem Jualan Lansung MLM dari mana-mana ulamak muktabar hari ini khususnya dari Timur Tengah atau Al-Azhar sama ada mengharuskannya atau mengharamkannya. Namun secara umumnya panduan urus-niaga secara Islam telah dihuraikan oleh ulamak dengan lengkap dan panjang lebar di dalam kitab-kitab Feqah. Dengan memahami sebaik mungkin panduan tersebut, kita sebenarnya dapat mengukur sama ada suatu urus-niaga yang ditawarkan kepada kita itu (termasuklah MLM) halal atau tidak. Di sini, saya akan kemukakannya secara ringkas.Menjadi prinsip yang diterima oleh semua ulamak bahawa dalam hal-hal keduniaan (antaranya urusan perniagaan dan jual-beli), kedudukan asal setiap perkara dan urusan yang berkait dengannya adalah harus sehingga terdapat bukti yang jelas yang menunjukkan percanggahannya dengan Syarak sama ada dari segi prinsipnya atau terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang atau diharamkan. Oleh itu, dalam berhadapan dengan suatu perkara baru atau urusan baru yang bersifat keduniaan, yang harus diteliti ialah ada atau tidak di dalamnya sebarang unsur yang menyalahi prinsip Syarak dan unsur-unsur yang diharamkan? Jika tidak ada, maka ia dikekalkan atas kedudukan asalnya iaitu harus. Secara umumnya, perniagaan yang sah menurut Syari’at Islam ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas berikut;1. Ia berasaskan akad saling meredhai antara penjual dan pembeli2. Ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarak ke atas suatu urusan perniagaan atau jual-beli.3. Ia bebas sepenuhnya dari larangan-larangan Syarak iaitu perkara-perkara yang diharamkannya.Saling meredhaiSaling meredhai bermaksud pembeli meredhai atau berpuas hati dengan barang atau produk yang diterimanya dan tidak rasa tertipu dan penjual juga meredhai dengan harga jualannya, yakni ia tidak menjual dengan terpaksa. Prinsip saling redha-meredhai ini amat penting dalam urusan perniagaan kerana Allah berfirman (yang bermaksud); “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai di antara kamu” (Surah an-Nisa’, ayat 29).Syarat-syarat bagi akad perniagaanBagi memastikan prinsip saling meredhai itu terlaksana, maka Syarak telah menetapkan syarat-syarat tertentu bagi setiap urusan perniagaan. Syarat-syarat ini jika dilanggari akan menyebabkan suatu urusan perniagaan tidak sah atau batal. Di antara syarat-syarat tersebut ialah;1. Orang yang menjalankan akad perniagaan hendaklah mumayyiz, iaitu mampu membuat pertimbangan sendiri.2. Mereka melakukan akad dengan kerelaan sendiri, iaitu tidak dipaksa melakukan akad.3. Status barang yang diperniagakan dan harganya hendaklah diketahui dengan pasti (yakni tiada kesamaran) oleh penjual dan juga pembeli. Ini untuk mengelak dari berlakunya gharar.4. Barangan jualan diizinkan oleh Syarak (yakni tidak tersenarai dalam barang-barang yang haram)5. Jika urus-niaga membabitkan mata-wang hendaklah mematuhi syarat-syarat pertukaran matawang mengikut Syarak.6. Hendaklah diselaraskan kandungan ijab dan qabul dari segi sebutan barang, harga dan sebagainya. Tidak sah aqad jual-beli yang ijab dan qabulnya tidak selaras seperti penjual berkata; “Saya jual barang ini dengan harga RM 40” dan pembeli pula berkata; “Saya beli dengan harga RM 30”.Larangan-larangan Syarak dalam perniagaanSetiap urusan perniagaan yang hendak diiktiraf oleh Islam juga hendaklah bebas dari sebarang unsur yang dilarang atau diharamkan oleh Syarak. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, larangan-larangan Syarak dalam urusan perniagaan berkisar atas beberapa sebab iaitu;a) Membantu kepada perbuatan maksiatb) Terdapat unsur-unsur gharar atau penipuanc) Terdapat unsur-unsur eksploitasi atau pemerasand) Terdapat penganiayaan terhadap salah satu pihak yang beraqad. (Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242)Lebih terperinci, antara unsur yang dilarang oleh Syarak dalam urusan perniagaan ialah;
(1) Menjalankan perniagaan yang diharamkan atau mendatangkan mudarat. Jika ada syarikat MLM yang menjual barangan/produk yang diharamkan oleh Syarak atau mendatangkan mudarat kepada manusia, maka tidak harus syarikat tersebut disertai oleh orang Islam sama ada sebagai pembeli, pengedar, penaja atau sebagainya.
(2) Al-Gharar; iaitu menjalankan urus-niaga dalam kesamaran iaitu tanpa dipastikan dengan tepat barangan/produk yang terlibat dan harganya sama ada oleh penjual atau pembeli. Para fuqaha’ sepakat menyatakan bahawa jual-beli secara gharar adalah batal atau tidak sah kerana sabit di dalam hadis; “Rasulullah s.a.w. menegah daripada jualan secara gharar” (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
(3) Melakukan penipuan dalam urusan urus niaga. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Sesiapa yang menipu maka ia bukan daripada golonganku” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Antara contoh penipuan ialah;( a) Membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan-keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barangan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata. Penipuan sebegini dinamakan at-Taghrir iaitu memperdaya.(b) Menipu pembeli dengan menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran. Contohnya; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.(c) Menyembunyikan kecacatan barangan atau produk. Contohnya; menyembunyikan kerosakan enjin kereta yang akan dijual dan sebagainya.(d) Mengurangi timbangan
(4) Antara yang dilarang juga di dalam perniagaan ialah melakukan penganiayaan, memeras pengguna dan merosakkan kepentingan masyarakat; antaranya dengan melakukan ihtikar (monopoli barangan; yakni menyorok barangan untuk menaikkan harganya) dan menjadi orang tengah yang memeras pengguna. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Tidak melakukan ihtikar melainkan orang yang berdosa” (Riwayat Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie dan Ibnu Majah dari Mu’ammar Ibn Abdillah r.a.)Larangan-larangan di atas jika berlaku dalam urusan perniagaan akan menyebabkan perniagaan tidak sah atau sekurang-kurangnya mendatangkan dosa kepada pelakunya walaupun perniagaan masih dianggap sah.Prinsip-prinsip di atas bersangkutan dengan perniagaan secara umum termasuklah perniagaan secara MLM. Di sana ada perkara-perkara khusus yang berkait dengan MLM yang perlukan perhuraian atau garis panduan iaitu mengenai yuran keahlian, bonus dan harga barangan/produk.Syarat-syarat yuran keahlian Boleh dikatakan kesemua syarikat MLM menetapkan suatu kadar yuran keahlian terhadap orang yang ingin menjadi ahli atau pengedar bagi produk-produk keluarannya. Mengenakan yuran keahlian tersebut diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut;1. Yuran tersebut tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dari peserta.2. Yuran tersebut bertujuan untuk menyediakan maklumat dan keterangan kepada peserta berkaitan urusan dan agenda yang akan dijalankan oleh syarikat.3. Yuran itu tidak mengikat peserta dengan mewajibkan syarat-syarat yang zalim dan tidak bermoral, dalam erti kata lain peserta boleh menarik diri dan dalam sesetengah hal duit akan dikembalikan.4. Yuran tersebut tidak mempengaruhi perlakuan akad yang selanjutnya semasa berurus-niaga atau berjual-beli.Syarat-syarat di atas kita putuskan berasaskan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Majma’ al-Fiqh terhadap soalan mengenai yuran yang dikenakan sebagai satu syarat penting sebelum berhak menyertai jualan lelongan yang diamalkan oleh syarikat-suarikat peniagaan. Mengikut fatwa tersebut, pengenaan yuran tersebut adalah harus apabila ia memenuhi syarat-syarat di atas. (Lihat; Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami, 1994, 2/37).Bonus Dicadangkan pemberian bonus dilakukan dengan menepati konsep al-Ji’alah di dalam Fiqh Islam. Al-Ji’alah bermaksud menjanjikan suatu pemberian (komisyen) kepada orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata; “Sesiapa dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM 200” (Al-Majmu’, jil. 15, Bab al-Ji’alah). Al-Ji’alah adalah akad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan hadis, antaranya firman Allah;“Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. (Yusuf: 72)Menurut ulamak, keharusan al-Ji'alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya;1. Pihak yang berakad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan akad.2. Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.3. Hendaklah manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut Syarak.(Wahbah az-Zuhaili, 4/787)Jadi, supaya bonus dapat menepati konsep al-Ji'alah tersebut, maka pemberian bonus oleh Syarikat MLM hendaklah berasaskan kepada manfaat/kerja yang disumbangkan oleh para pengedar atau orang terbabit dalam membantu syarikat. Nilai bonus yang dijanjikan hendaklah dinyatakan dengan pasti oleh Syarikat kepada para pengedarnya supaya ia menepati syarat yang kedua di atas.Berdasarkan pengalaman saya dalam Syarikat HPA Industri Sdn. Bhd. (salah satu Syarikat Bumiputra Muslim yang giat menjalan perniagaan secara MLM di Malaysia), bonus yang diberikan oleh Syarikat HPA kepada pengedar-pengedarnya adalah sebagai ganjaran/upah yang dijanjikan kerana sumbangan mereka dalam melakukan perkara-perkara tersebut;1. Memperkenalkan syarikat kepada orang ramai2. Menaja ahli-ahli baru untuk syarikat3. Membuat jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai.4. Membimbing dan memimpin anak buah (downline) untuk membina organisasi perniagaan yang kukuh. Ini terpaksa melalui proses seperti pertemuan dari masa ke semasa untuk perbincangan, perancangan, penerangan berkenaan produk dan perkembangan terbaru syarikat.Melihat kepada kerja/manfaat yang disumbangkan oleh para pengedar seperti di atas, saya merasakan pemberian bonus oleh Syarikat HPA menepati prinsip al-Ji'alah yang diharuskan oleh Syarak tadi.Meletakkan syarat untuk memperolehi Bonus Menetapkan syarat tambahan -selain dari yang ditetapkan Syarak- dalam mana-mana akad perniagaan dan harta adalah harus jika syarat itu tidak melanggar hukum Syarak yang sedia termaktub dan tidak terdapat sebarang penganiayaan dan pilih kasih. Keharusan ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka selama menepati yang hak (yakni hukum Allah)” (Riwayat al-Hakim dari Anas dan Aisyah r.a.).Oleh demikian, tindakan pihak syarikat menetapkan syarat tertentu ke atas para pengedarnya untuk melayakkan mereka memperolehi bonus -jika bonus tersebut dilakukan mengikut kaedah al-Ji'alah di atas- tindakan tersebut adalah harus asalkan syarat yang ditetapkan tidak bercanggah dengan mana-mana ketetapan Syarak dan tidak bersifat pilih-kasih atau menganiayai mana-mana orang.Jauhi “Sistem Piramid” Sistem Piramid yang kita maksudkan ialah satu sistem di mana kumpulan orang di bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru.
Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah;
1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.
2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.
4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.
6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan.(Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penaajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual. Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau jual-beli.Harga barangan/produk Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya; “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”. (an-Nisa’: 29) (Lihat; Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108).Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk;a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sama ada sesuatu MLM itu harus atau tidak di sisi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat sama ada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak.Wallahu A’lam.
Rujukan;
1. Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242.2. Mu’jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiyyah Fi Lughatil Fuqaha’, Dr. Nazih Hamad, ter. Al-Ma’had al-‘Alami Lil Fikri al-Islami, Herndon, Virginia, U.S.A. (1993).3. Fiqh Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, ter. Al-Fath Lil ‘ilam al-‘Arabi, Kaherah, Mesir (1411/1412H)4. Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhabil Imam as-Syafi’ie, Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali Syarbaji, ter. Dar al-Qalam, Damsyiq, Syiria (1991)5. Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, ter. Dar al-Fikr, Damsyiq, Syria (1885)6. Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, ter. Dar al-Manar, Mesir (1992).7. Sistem Syarikat Jualan Lansung Di Malaysia Dari Perspektif Mualamat Islam, Muhammad Hasan Zaid bin Ramli, UKM Bangi (2002).8. Al-Majmu, ter. Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan (2000)
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 12:11 AM

Minyak but-but boleh dijadikan sebagai minyak penumbuh rambut khususnya pada bayi.Rambut akan menjadi lebat dan hitam.Bagitu juga menghitamkan uban pada orang dewasa disamping menguatkan akar rambut agar tidak gugur.Kaedah penggunaanya cukup di sapu sedikit sambil menyampaikannya kekulit kepala.Pengetahuan tentang khasiat MBB sebagai tonik rambut telah lama diketahui dan telah terbukti sejak zaman berzaman.Pada masa dahulu orang menyatakan MBB sebagai minyak MALI bererti minyak untuk rawatan kebotakan.Minyak yang digunakan sebagai base MBB bukan dari minyak petroliumyang panas tetapi dari jenis minyak tumbuh-tumbuhan yang menyejukan kepala.Herba yang terdapat dalam MBB dikatakan menjadi baja(tonik) bagi pertumbuhan rambut yang sehat.InsyaAllah lihatlah perubahannya selepas sebulan menggunakanya.Amin.


DETERJEN MATIC “ WAHDAH”

Posted by AWMIT On Rabu, 10 Desember 2008 0 komentar

Harga Member : Rp 29.000,-
Harga Umum : Rp 34.000,-

KEUNGGULAN DETERJEN MATIC “ WAHDAH”
(BERSIH, EKONOMIS DAN RAMAH LINGKUNGAN)

I. BERSIH
1. Deterjen Matic ”Wahdah” tidak memudarkan warna pakaian, sehingga pakaian tetap bersih dan bersinar seperti baru.
2. Deterjen Matic ”Wahdah” mengandung formula khusus (oksigen aktif) yang berfungsi membersihkan kotoran hingga ke serat-serat pakaian.
3. Deterjen Matic ”Wahdah” tidak mengandung chlorine (pemutih) sehingga membuat pakaian tidak mudah lapuk.
4. Deterjen Matic ”Wahdah” diujikan melalui demo di depan masyarakat dan terbukti dapat menghilangkan luntur pada pakaian jika pakaian tersebut kelunturan di cuci oleh deterjen lain (saat pakaian masih basah).
5. Deterjen Matic ”Wahdah” sudah terbukti dapat menghilangkan noda ; kecap, saos tomat, saos sambal, kunir (kuah soto), minyak goreng, minyak pelumas, darah, obat merah dan tinta warna hijau/hitam.

II. EKONOMIS

1. Deterjen Matic ”Wahdah” adalah deterjen rendah busa dengan kualitas tinggi, sehingga takaran yang digunakan lebih sedikit dibanding takaran yang digunakan deterjen lain pada umumnya. Jangan menambah lagi takaran untuk memperoleh banyak busa karena hal itu justru menyebabkan pemborosan deterjen.
2. Pembilasan pada pakaian cukup sekali saja sehingga menghemat penggunaan air.
3. Daya bersihnya yang cepat dan luar biasa membuat waktu yang digunakan untuk mencuci jauh lebih efektif dan efisien.
4. Jika digunakan untuk mencuci dengan tangan, cukup dilakukan dengan perendaman karena deterjen matic ”Wahdah” akan membersihkan kotoran yang menempel pada pakaian secara maximal sehingga untuk mencuci bisa digunakan untuk aktifitas yang lain (belanja, memasak, membersihkan rumah, bekerja, dll)
5. Jangan terlalu sering mengucek / menyikat pakaian karena dapat mengakibatkan rusak pada pakaian / serat pakaian akan semakin cepat longgar.
6. Perendaman dalam waktu yang lama (maks. 2 hari) tidak menimbulkan bau apek pada pakaian.

III. RAMAH LINGKUNGAN

F Deterjen matic ”Wahdah” tidak panas ditangan karena tidak mengandung zat kimia aktif dan soda api.
F Deterjen matic ”Wahdah” sangat cocok digunakan untuk mesin cuci karena kadar busa yang rendah dan larutan air tidak panas;
F Kerja (putaran) mesin akan berjalan normal tanpa adanya hambatan (beban). Kerja (putaran) mesin cuci akan terhambat / terbebani jika mengunakan deterjen yang banyak busanya.
F Larutan air deterjen tidak menjadi panas sehingga aman untuk klep-klep, motor dan karet-karet pemutar pada mesin cuci sebelah dalam yang bersentuhan langsung dengan larutan air deterjen.
F Hasil limbah dari pemakaian deterjen matic ” Wahdah” sangat aman bagi lingkungan. Telah dibuktikan bahwa hasil limbah dari pemakaian deterjen matic ”Wahdah” dapat disiramkan dan menyuburkan tanaman karena deterjen matic ”Wahdah” mengandung zat phospat peroksida dan juga dapat menetralisir zat kimia katif pada lingkungan. Secara tidak langsung, dengan menggunakan produk deterjen matic ”Wahdah” berarti ikut pula membantu pelestarian lingkungan sekitar.
LANGKAH-LANGKAH DEMONSTRASI PRODUK

I. PERSIAPAN DEMO

1. Siapkan deterjen matic ”Wahdah” dan merk lain sebagai pembanding 3 buah gelas kosong, 3 buah sendok teh, tinta hijau, perca kain dan air secukupnya.
2. Masukan deterjen Matic ”Wahdah” sebanyak ½ sendok teh kedalam gelas kosong. Sendok khusus deterjen Matic ”Wahdah” jangan digunakan untuk mengambil atau mengaduk deterjen pembanding.
3. Masukkan deterjen pembanding sebanyak 1 sendok teh ke dalam gelas kosong yang lain (takaran deterjen pembanding 2X lebih banyak dari takaran deterjen Matic ”Wahdah”).
4. Tuangkan air kedalam masing-masing gelas yang sudah berisi deterjen dengan ketinggian air yang sama ½ gelas.
5. Aduk kedua semua larutan deterjen benar-benar larut dalam air.
6. Masukkan sedikit air (1/4 gelas) kedalam satu gelas kosong terakhir. Teteskan/tuangkan tinta secukupnya kedalam air tersebut hingga berwarna hijau pekat. Kemudian rendam perca kain kedalam larutan tinta tersebut dan biarkan hingga kain benar-benar kotor karena terkena larutan tinta.
7. Ambil sepotong kain lain, teteskan noda tinta pekat tanpai air kekain tersebut. Biarkan agar mengering. Noda ini dianggap noda berat pada pakaian.

II. PELAKSANAAN DEMO

Teteskan tinta pekat kedalam masing-masing larutan deterjen dan biarkan tinta bercampur dengan sendirinya tanpa pengadukan. Perhatikan larutan yang telah bercampur tinta pekat tersebut. Deterjen Matic ”Wahdah” dengan cepat menetralisir noda tinta tersebut dalam hitungan kurang dari 10 detik. Jika dilakukan pengadukan, maka noda akan dinetralisir dalam hitungan kurang dari 2 detik.
Ambil perca kain yang sudah kotor karena direndam larutan tinta, kemudian masukkan @1 potong kedalam larutan deterjen Matic ”Wahdah” dan deterjen pembanding. Perhatikan bahwa deterjen Matic ”Wahdah” mampu membersihkan kain tersebut. Hanya dengan merendam. Proses pembersihan akan jauh lebih cepat jika dilakukan pengadukan. (sebagai gambaran, pencucian dengan tangan --------à proses perendaman, dan pencucian dengan mesin cuci ---------à pengadukan gerakan berputar.
Ambil potongan kain yang terkena tinta pekat. Taburkan deterjen Matic ”Wahdah” pada bagian muka yang terkena noda tersebut. Kemudian teteskan air dan digosok-gisok hingga deterjen larut dan menggumpal. Rendam potongan kain tersebut dengan posisi noda dihadapkan kebawah air. Biarkan deterjen Matic ”Wahdah” bekerja dengan sendirinya membersihkan noda tinta ersebut. Proses pengangkatan noda +_ 10-15 menit.
Perhatikan pula bahwa warna asli potongan kain tersebut tidak pudar. Hal ini membuktikan bahwa deterjen Matic ”Wahdah tidak memudarkan warna kin.